01 October 2013




"Tatkala kita rasa berjauhan. Mengimpikan dan cuba merealisasikan impian, engkau tetap juga abangku yang dulu." Masih penyayang, memeluk dan menjaga adik perempuan mu yang satu ini. Abang masih terasa kebertanggungjawabannya pada aku. Aku masih adiknya, beza nya cuma, tanggungjawab abang semakin terbahagi. untuk isteri dan anaknya, juga tanggunjawab anak laki laki terhadap ibu nya. Ada satu masa, aku berhenti mengharapkan abang. Berhenti dari bergantung sepenuhnya pada abang, akan ku bilang "adik ok"... "adik boleh"... "adik berani!"... biar, abang berasa yakin yang aku mampu, yang.. pada hakikatnya, bila saat pertama aku mula berdikari, sebenarnya aku hilang arah. masih terasa genggaman tangan abang sewaktu melintas jalan, dan masih merasa beg digalas abang. Tapi hakikatnya, aku bersendirian, dan sedang cuba belajar untuk sendiri.

Akhirnya aku belajar menjadi berani. yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, seboleh bolehnya aku enggan menyusahkan abang, kerna aku tahu, abang tidak akan pernah menolak pertolonganku. Kesanggupan ku, sebenarnya tidak bagi abang. Abang tahu, aku seorang pemberani, yakin diri dan boleh berdikari, tapi kerana atas tanggungjawabnya menjaga aku dan adik2 ku, abang takkan pernah melepaskan aku.

Untuk seorang adik, perempuan, satu-satunya..











Terima kasih abang ku :)


maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.