14 August 2013

Aku pendosa


Apa kau fikir aku sempurna? apa kau fikir aku tiada dosa? cukuplah pujian mu ke atas ku. Aku adalah selemah-lemah manusia yang juga sering tersasar, tetapi, Allah selalu ada untuk mengetuk pintu hati ku supaya kembali pada jalan Nya. Dosa itu nampak indah,mudah. Payah lagi nak menghindar nya. sedang, pahala itu semudah-mudah nya boleh dikumpul, cuma terkadang mujahadah itu perlu,sangat perlu.

Di saat itu, aku teruji.. .

Untuk menjadi sempurna,sesempurna sangkaan mu. Untuk menjadi sesempurna itu, mohon teguri aku di saat aku kealpaan dan jatuh. Tuhan yang membolak balikkan hati ini, tetapkan lah ia di jalan Mu. Ku mohon agar aku lah perempuan yang teguh itu, yang dapat menempis segala fitnahnya dunia. Aku bimbang, jatuhnya aku pada duri-duri yang menyakitkan, hingga luka parah yang meninggalkan kesan. Biar lah 'kesakitan' itu akhirnya nnt terubat dengan keindahan syurga Mu.

Maafkan aku andai hanya tahu berkata-kata. Setiap amal yang payah sekali istiqamahnya, terlalu perlukan bimbingan yang baik dari sekeliling. Dunia hari ini, sering melemahkan kejadian ku sebagai perempuan akhir zaman. Aku, jauh sekali untuk sesempurna sangkaan mu, kerna .. .












aku juga pendosa.
Astaghfirullahal'azim





“Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia… yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, pada hal khalayak pastinya inginkan yang baik-baik dan indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah… menulis kebaikan sekalipun belum sepenuh dimilikinya dan dia akan “memendamkan” kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. Dia ingin menghidangkan yang terbaik tanpa menjadi seorang munafik!” (Ustaz Pahrol) 
















maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.