Bismillah.
Dahulu aku sekadar duduk-duduk mendengar. cuba untuk memahamkan dan menempatkan dalam suasana tarbiyyah yang berlainan. naqibah ku silih berganti. ada.. yang masuk dengan peribadi, ada yang terasa jauh dari hati. tak memahami. itu yang kurasakan.
kehidupan yang terlalu sibuk sebagai design student. pelajaran yang semakin hari semakin baik. akhirnya, aku memilih usrah sebagai support system. seimbangkan hidup dunia dan ukhrawi, itu definisi kejayaan bagi ku. tak sempurna jika seekor burung patah sebelah sayapnya. begitu juga kehidupan, harus seimbang. dan, harus menjadi seperti pokok yang punya akar yang kuat, daun yang rimbun untuk berteduh, serta buah yang boleh beri manfaat pada manusia.
kini, sesuatu yang tak pernah aku fikirkan dan terlintas untuk... memberi pula. bagaimana sistem ini boleh mendidik dan mentarbiyyah seorang individu muslim, dari "kosong" hatinya kepada seorang murabbi, yang inshaAllah pasti hebat (untuk agama) suatu hari nanti. dari memahamkan jiwa yang kosong pada sebuah usrah, yang.. hanya duduk sebentar, beriman sejenak. makan-makan dan berbual ttg hal agama dan isu semasa, akhirnya aku menjadi salah satu dari beribu-ribu malah mungkin berjuta rantaian-rantaian yang menyambung jalan dakwah ini. satu yang membuat kan hati tersentuh, usrah ini adalah sunnah nabi.
...
16.10.12
hari ni baru selesai presentation. sungguh tak bersedia untuk bawa pengisian dalam usrah. tapi, mana mungkin seorang naqibah buat alasan ni untuk bertangguh. seorang daie harus tersusun urusannya. trip dari singapore yang masih belum hilang letih, tp, atas semangat anak-anak usrah, aku teruskan juga.
dahulu nya, mereka adalah junior dan studiomates ku, kini mereka adalah anak-anak usrah
mereka lah yang selalu memberi semangat. atas ingin berubah dan menjadi yang terbaik. dan, siapa tahu, suatu hari nanti mereka akan jadi lebih baik dari aku. perubahan harus bermula dari bila2 masa sahaja. memang benarlah hidayah itu harus dicari, ia takkan datang tanpa kita tak berusaha untuk mendekati kebaikan dan orang-orang baik. secara jujurnya, kami untung dapat berpijak di bumi uia ini. walau berbaki setahun, tak mustahil tarbiyyah yang sesingkat ini boleh mengubah mereka menjadi daie pada masyarakat luar satu saat nanti! inshaAllah
kerana aku terlalu mentah untuk jadi naqibah dan bawa usrah, naqibah ku menjadi tempat rujukan terbaik. aku bertanya pada kak sumayyah,"kak sumayyah, lepas perjumpaan pertama usrah, bertaaruf, ftn nak tnya pendapat kak sumayyah nak bawak apa pulak untuk next usrah?" kak sumayyah reply, " fatin tanya lah adik2 tentang matlamat hidup.." terus selak notes2 lama. search dalam internet dan kebetulan terjumpa sebuah website design2 poster islamic. edit dalam photoshop, then tinggalkan ruang kosong untuk mereka menulis matlamat mereka.
dan sungguh, saat mereka berkongsi dan menulis di atasnya, bila mendengar dan membaca satu per satu, hati benar2 tersentuh. seperti ada hentakan kuat pada hati. Allahurabbi, sungguh mereka punya roh dan ciri-ciri seorang bakal murabbi. keinginan, dan kehendak mereka semua untuk mencapai keredhaan Allah.
"kak fatin, bila kak fatin buat ni?? terharu kitaaa...."
"haa... adalah ! ;) "
"kak fatin, bila kak fatin buat ni?? terharu kitaaa...."
"haa... adalah ! ;) "
Ya Allah, terima kasih untuk takdir yang Engkau nukilkan buat kami. kukuhkan ikatan ini, satu kan hati-hati kami pada jalan Mu. kuatkan lah hati-hati ini untuk tetap teguh pada syariat Mu. pimpinlah hati kami dari jauh terpesong dr Mu. ameen
nadia