panggilan, message menderu-deru masuk ke inbox. ada beberapa miss call. 6 oct 2012, hari kawan2 architecture saya convo, QS jugak. ada yang kol awal-awal minta saya ambilkan gambar mereka. tapi, disebabkan saya perlu datang satu seminar, saya tak dapat sambut hari konvokasi. saya pegang dalam hati, "sabarlah wahai hati, mungkin kamu 'terlepas' yang itu, tapi yang ini lebih baik untuk kamu"
saya silent kan hp, dan letakkan dalam salah satu compartment beg.akhirnya, kami bertolak ke bangunan telekom dewan kristal. it was "seminar baitul muslim". saya dah beritahu ibu untuk ke sini. so, minggu ni masih tak dapat peluang ntuk balik rumah. subhanallah, sungguh saya rindu ibu dan keluarga. tp, saya kuatkan hati, seusia muda ni, sementara masih sihat saya perlukan berkorban sikit untuk pungut ilmu sebanyak mungkin, sebelum usia mencapai tua. jadi, saya perbanyakkan kol ibu dr minggu ke minggu untuk bertanya kan khabar dan melepaskan rindu.
alhamdulillah, the seminar was great. pengisian yang sangat bermanfaat. dalam bait-bait kata ustaz pahrol, saya boleh hafal certain words. sebab dah selalu baca blog, n penulisan ustaz pahrol n dgr melalui corong-corong radio dan televisyen. tapi, nak praktikkan, saya perlu didik hati dr sekrang. dan alhamdulillah juga, ada pengisisan yang terjawab seribu soalan yang bermain dlm hati. semoga this is the right time untuk cari ilmu sebelum tersalah langkah dr awal. ustaz pahrol kata,
"bagaimana muqaddimah, begitulah bagaimana natijahnya"
dan, kawan saya juga selalu pesan dan ingatkan,
"a good beginning must end with a good ending"
message masuk lg ke dalam inbox lagi. kali ni membincangkan trip singapore untuk khamis depan. "kak fatin, untuk kurangkan budget, kak fatin setuju tak kalau kita sewa apartment. tp dua orang lelaki tu duduk sekali lah..nak tanya pendapat kak fatin"- saya reply, "hm..pendapat kak fatin, takpe biar mahal sket asalkan bab-bab tu terjaga. faham kan? lagipun, kita takde orang tua, n kita bermalam untuk beberapa hari"- "okay, kita faham, thanks kak fatin..kita pun rasa apa yg kak fatin rasa.."- saya reply, "wallahualam, kak fatin rasa itu yang terbaik"
selesai seminar, message masuk inbox. "akak, bantu kita bina sabar. bantu kita kekal sabar. tenang hati. yakinkan kita janji Allah itu pasti"- Allahurabbi. dengan kekuatan mata menahan mengantuk dan keletihan yang amat sangat, saya sedaya upaya memberi semangat pada junior saya yang comel ni. rupanya, dalam pada kta lihat dia 'happy go lucky' and kdg2 hyper, ada jugak rasa lemahnya. semoga Allah mudahkan urusan dia.
apa yang menenangkan hati, insan yang sedang melengkapkan tulang rusuknya, memang seorang yang baik agamanya. inshaAllah. apa yang ustaz sampaikan, itulah yang sedang si dia praktikkan. Alhamdulillah 'ala kulli hal. semoga kita terus menjaga, untuk membina ahli-ahli syurga kelak.
ameen.
"sesungguhnya, aku menuntut ilmu untuk menambah nilai dalam diri, supaya bila aku berkahwin nanti, aku akan membawa nilai itu buat ahli-ahli syurga(permata hati) kita"
wallahualam
*semoga ada kelapangan dan dipermudahkan urusannya untuk ke BM2.0 "aku terima nikahnya..."
dalam ruangan komen dan cadangan, saya cadangkan diadakan pula seminar mendidik anak-anak, 'tarbiyyatul aulad' :) semoga cadangan saya dipertimbangkan. inshaAllah!
