Kalau, Allah bisikkan sesuatu dalam hati tentang sesuatu yang kita pernah angankan, cuma disampaikan dalam doa, kemudian Allah makbulkan. Rasa sujud syukur beribu kali pun takkan pernah gambarkan betapa Allah itu Maha Mendengar, keinginan dan harapan kita.
“Bila kamu berdoa & memohon sesuatu kpd Allah maka mohonlah dgn penuh keyakinan bahwa do’amu akan terkabul.” (HR Ahmad)”
Allahurabbi,
Masih jauh sebenarnya kaki ini perlu melangkah. ya, perlu. sebab masih ada sisa-sisa pengalaman dan pengajaran yang perlu dikutip, dinilai satu demi satu. dalam menambahbaikkan diri, dalam menutup kelemahan, dalam me"master" kan diri pada erti hidup untuk memberi. banyak. ya, sememangnya banyak.
Tapi,
Manusia itu tak pernah perfect. Bila saja ditimpa ujian, sisi gelap nya mungkin nampak, mungkin tidak. pada tahap lemah itulah, manusia diuji. syaitan mula bermaharajalela. Tapi, bagi manusia yang celik mata hatinya, takkan semudahnya tersungkur. malah, dicari2nya hikmah disebalik ujian itu. Hebat kan manusia mcm tu?
Untuk semester2 yang telah berlalu, dah terlalu banyak pengalaman yang dikutip kan. dan, cuba membina dan menilai keupayaan diri. dah enjoy belajar. dah pernah tertekan belajar. masalah yang pelbagai dan komitmen2 yang sering cuba mematangkan diri. then, apa kelainan ntuk next sem?
Harus ada kelainan, dan kelainan itu harus menjadikan semester depan lebih baik dr sebelumnya. tak kira besar atau kecil, perubahan itu perlu ada. inshaAllah, semoga yang terbaik untuk semester akan datang. Mohon Allah permudahkan segalanya. untuk kita semua.ameen
#inipostwajibntuknaikkansemangateverysemester
huhu
regards,
nadia
