11 October 2011

thinking


dah tiba masanya saya patut belajar mendewasakan diri.razz walaupun saya tahu, banyak lagi ilmu yang perlu ditimba, tapi tak semestinya dah cukup ilmu baru kita boleh bergelar dewasa. :63: ye kan?wink

saya mula sedar. saya dah mula tak mengendahkan perkara yang remeh. adakalanya kita terlalu bersikap kebudak2an sehingga ia membawa kepada pemikiran yang kurang matang. dan sekarang, saya belajar, nak jadi dewasa, perlu perbanyakkan perbualan2 ilmiah. dan perbanyakkan bergaul dengan golongan dewasa, bertukar2 pandangan.

biarpun fizikal kecil, tp pemikiran harus matang. wink biarlah apa orang kata. even adakalnya majoriti mungkin tak percaya saya sudah di tahun tiga degree, tp saya sendiri harus yakin dan percaya pada kemampuan diri sendiri. cumanya jangan lah sampai bermegah diri. harus juga pandai merndah diri dan sentiasa terima dan sedaya upaya memperbaiki kelemahan diri.:20:

td , sewaktu kelas islamic worldview, dr. spahic seorang pensyarah berasal dr Bosnia, memberitahu pelajarnya..

" imagine...1000years Islam dominated the world! they success economically,social, education....everything! in ARCHITECTURE!...but,name the architect that you know...name it!"

dr spahic menunggu kami menjawab. masing2 terdiam.

" yes..come on brothers.."

kami terus terdiam. fikiran bermain. masih belum ketemu jawapan. yang hanya kami kenal, architect zaman moden yang ramainya dalam kalangan orang2 kristian, bukan Islam.

" very few, right?...why? give me the reasons"

kenapa ya? adakah sebab... terlalu lama, sehingga tak terjumpa kitab2 lama yang menulis ttg mereka? hurm. ceteknya ilmu. lemahnya pembacaan.kelas dr. spahic selalu menyebabkan hari demi hari diri terasa kurang ilmu.

" because .. in that time.. people did not do something because of man, they do it to glorify GOD!.. brothers,sisters.. if we do something in the sake of GOD, we'll become somebody. if we do something to glorify man, we'll become nobody!"

barangkali ayat dr. spahic terlalu menyentap. benar, adakalnya dan seringkali kita lakukan sesuatu bukan kerana Allah. spahic kata,manusia hari ini, laksanakan sesuatu dengan sedikit tapi mahu diagung2kan. dan berapa ramai yang mahu bergelar 'somebody' hanya kerana mahu menjadi seseorang dan dikenali.

astaghfirullah...


mohon jauh ya Allah. dr sifat riak, takbur dan kufur pada nikmat yang telah Engkau berikan. :61:

maka, teruslah belajar menjadi diri sendiri. teringat kata-kata pelajar cemerlang spm nik nur madihah, kata ayah nya, " biar siapa pun kita, kalau kita BERILMU, orang yang akan mencari kita...bukan kita yang mencari pekerjaan.."

belajar dan teruskanlah belajar. perkara yang belum perlu difikirkan , letakkan ke tepi dulu. winksampai masanya ia akan dtg dgn sendirinya. dan, saya dah mula sedar semua tu. sebab itu lah

saya sayang Allah.
saya cinta Allah.
dan..
saya mendambakan kasih sayang dan haruman syurga Nya!

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.